Mengenai Pembiayaan Bertempoh-i yang Dijamin oleh Sijil ASB/ASB2
Apakah itu Pembiayaan Bertempoh-i yang Dijamin oleh Sijil ASB/ASB2?
Pembiayaan Bertempoh-i ialah kemudahan pembiayaan yang kadar keuntungannya dikira berdasarkan kadar berubah. Anda menawarkan Sijil Amanah Saham Bumiputra (“ASB”) atau Sijil Amanah Saham Bumiputra 2 (“ASB2”) anda sebagai cagaran bagi pembiayaan ini.
Produk ini menggunakan komoditi patuh Syariah dalam transaksinya bagi menyediakan pembiayaan kepada anda.
Sorotan produk ini:- Kadar keuntungan bagi produk ini dikira berdasarkan Kadar Asas Standard (Standardised Base Rate) + margin (Spread) setahun.
Nota: Ansuran Bulanan mungkin berubah mengikut turun naik Kadar Asas Standard (KAS).
Apakah Konsep Syariah yang Digunakan?
Konsep Syariah yang digunakan adalah Tawarruq. Konsep Syariah Murabahah, Wakalah dan Wa’d juga turut digunakan.
Tawarruq
Tawarruq bermaksud suatu pengaturan yang melibatkan dua kontrak jual dan beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan komoditi oleh Bank kepada pelanggan secara bayaran tertangguh, di mana harga belian dan harga jualan didedahkan kepada pelanggan. Seterusnya, pelanggan akan menjual komoditi yang sama kepada pihak ketiga atas dasar tunai dan semerta.
Murabahah
Murabahah merujuk kepada penjualan dan pembelian komoditi di mana kos perolehan dan penambahan didedahkan kepada pelanggan.
Wakalah
Wakalah merujuk kepada kontrak di mana satu pihak sebagai prinsipal (muwakkil) memberi kuasa kepada pihak lain sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu dalam perkara yang boleh diwakilkan, sama ada dengan atau tanpa mengenakan yuran.
Bagi produk ini, anda melantik Bank sebagai ejen tanpa sekatan untuk melaksanakan pengaturan Tawarruq.
Wa’d
Wa’d ialah janji sebelah pihak (unilateral) yang merujuk kepada pernyataan komitmen yang diberikan oleh satu pihak kepada pihak lain untuk melaksanakan tindakan tertentu pada masa hadapan.
Pengaturan Tawarruq adalah seperti yang berikut:
Anda melantik Bank sebagai ejen anda untuk membeli komoditi patuh Syariah seperti Minyak Sawit Mentah (CPO) dsb daripada Bank dan menjual komoditi tersebut kepada mana-mana pihak ketiga.
Bank menjual komoditi yang dipersetujui kepada anda pada Harga Jualan Bank secara ansuran.
Sebagai pembeli komoditi, anda berhak untuk mengambil penghantaran komoditi tersebut atas kos dan perbelanjaan anda sendiri.
Bank menjual komoditi tersebut bagi pihak anda kepada mana-mana pihak ketiga pada harga yang bersamaan dengan Amaun Kemudahan.
Hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada anda mengikut terma dan syarat yang dipersetujui.
You're leaving AmBank
Please note that AmBank's privacy policy does not apply to linked websites. We do not
endorse their content and cannot be held responsible for any losses incurred from accessing
or transacting on them.