Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh pelanggan Kumpulan AmBank. Kami pasti ketibaan Lebaran yang penuh meriah ini akan membawa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga dan segenap lapisan masyarakat.

Rekaan Sampul Raya kami tahun ini membawa tema ‘Tanah Air Harmoni’, dengan landskap banjaran gunung di Malaysia yang gagah berdiri dengan megah, mencerminkan kekukuhan Kumpulan AmBank – stabil, berdaya tahan dan sentiasa berkembang bersama rakyat Malaysia, serta memperteguh ciri kebolehpercayaan kami yang menjadi asas hubungan kewangan yang kukuh.

Turut menjadi inspirasi adalah keindahan warisan botani Tanah Air kita iaitu Bunga Raya, yang diterapkan ke dalam rekaan Sampul Raya tersebut dengan tekapan emas. Ianya jelas melambangkan nilai keharmonian, perpaduan, kesinambungan dan kebersaman, serta kekayaan tanah tumpah darah kita ini.

Motif batik turut memperkayakan visual sebagai simbol penyatuan budaya. Maskot kesayangan Kumpulan AmBank, Aman, turut menghiasi bahagian belakang Sampul Raya tersebut sebagai simbol ketabahan dan ketekalan – mengingatkan kita bahawa setiap cabaran membuka ruang untuk pertumbuhan yang lebih mantap.

Dapatkan Sampul Raya eksklusif ini di semua cawangan AmBank di seluruh negara.


Tonton Filem Raya Kumpulan AmBank berjudul "Disebalik Anyaman" di sini.

Dalam keindahan tenang proses menganyam ketupat, filem ini melihat Raya sebagai sesuatu yang lebih daripada sekadar sebuah perayaan. Ia adalah lambang perpaduan. Bermula dengan seni halus menganyam daun, ketupat menjadi metafora kepada Malaysia itu sendiri: tangan, arah dan kisah yang berbeza bersatu, membentuk sesuatu yang lebih kukuh bersama.

Apabila rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan generasi berkumpul di satu meja, seolah-olah masa turut tersemat bersama.

Ia mengingatkan kita bahawa tradisi tidak pernah lapuk. Ia diwariskan bukan melalui kata-kata, tetapi melalui teladan dan perbuatan. Apa yang bermula sebagai satu hasil tangan yang teliti akhirnya menjadi rezeki yang dinikmati bersama, apabila ketupat dimasak, dibungkus, dan dikongsi dengan komuniti di sekeliling.

Filem ini berakhir dengan satu kebenaran yang menjadi inti pati Hari Raya: makanan dicipta untuk dikongsi, dan perpaduan hanya lengkap apabila ia melangkaui diri kita sendiri. Melalui ketupat, kita diingatkan bahawa apabila rakyat Malaysia berdiri bersama merentasi budaya, usia dan latar kehidupan, kita semua melangkah ke hadapan sebagai satu.


Hari Raya Aidilfitri e-Card and Stickers

Click on the e-Card below to download, edit, and send to your friends and family!

CNY 2025 eCard

Click here to download our cute Raya stickers!

Promosi Raya

Buy 4, Pay 3 on Coastal Ramadan Buffet
Buy 4, Pay 3 on Raya Open House Buffet
Pre-sale Price for Ramadan buffet at Café Chef Wan,
Pre-Sale Price for Ramadan Buffet at De Wan
20% OFF on Ramadan Buffet Dinner
Special Deals for Harmoni Ramadhan
RM98 nett per person for Ramadan buffet at Wok Star
Ramadan Deal 20% OFF on Ramadan Buffet
Up to RM100 OFF with a minimum spend as low as RM500