NOTICE

Waiver of RM1 Fee for Interbank Cash Withdrawals

 

Dear Valued Customers,

We are pleased to inform that effective 1 July 2026, AmBank/AmBank Islamic will waive the RM1 fee for interbank cash withdrawal transactions at our self-service terminals, including Automated Teller Machines (ATMs) and Cash Recycler Machines (CRMs), for all Malaysian debit cardholders.

This move is taken as part of an industry-wide initiative by banks in Malaysia to make everyday banking more accessible, affordable and convenient for customers.

For customers, this means that they can now enjoy cash withdrawals at any of the 14,000 bank-operated ATMs or CRMs nationwide without paying any interbank withdrawal fee, regardless of which bank issued their debit cards.

For greater convenience and access to real-time payments, we encourage customers to continue using seamless and secure digital banking services such as online banking, card payments and DuitNow QR for their daily transactions.

Thank you for banking with Your Bank. Malaysia’s Bank. AmBank™.


NOTIS

Pengecualian Yuran RM1 untuk Pengeluaran Antara Bank

 

Para Pelanggan yang Dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 1 Julai 2026, AmBank/AmBank Islamic akan mengecualikan yuran RM1 untuk transaksi pengeluaran tunai antara bank di terminal layan diri kami, termasuk Mesin Juruwang Automatik (ATM) dan Mesin Kitar Semula Tunai (CRM), untuk semua pemegang kad debit Malaysia.

Langkah ini diambil selaras dengan inisiatif seluruh industri oleh bank-bank di Malaysia untuk menjadikan perbankan harian lebih mudah diakses, berpatutan dan mesra pelanggan.

Bagi pelanggan, ini bermakna mereka kini boleh menikmati pengeluaran tunai di mana-mana 14,000 ATM atau CRM yang dikendali bank-bank di seluruh negara tanpa perlu membayar sebarang yuran pengeluaran antara bank, tanpa mengira bank mana yang mengeluarkan kad debit mereka.

Untuk kemudahan dan akses yang lebih baik bagi pembayaran masa nyata, kami menggalakkan pelanggan untuk terus menggunakan perkhidmatan perbankan digital yang lancar dan selamat seperti perbankan dalam talian, pembayaran menggunakan kad dan DuitNow QR untuk transaksi harian mereka.

Terima kasih kerana berurusan dengan Bank Anda. Bank Malaysia. AmBank.