NOTICE
Revision of Terms and Conditions for Mortgage Loan/Financing and Overdraft
Dear Valued Customers,
Please be informed that with effect from 14 September 2026, Clause 2 and Clause 3 under the Terms and Conditions (T&C) for Mortgage Loan/Financing and Overdraft will be revised with the addition and amendment as follows:
Addition of clause (under Clause 2) |
Notwithstanding any provision herein and without prejudice to any other rights or remedies available to the Bank, the Bank shall suspend, withhold, defer, refuse, or cancel any disbursement or credit facility (whether in whole or in part) if the Bank in good faith reasonably believes and is satisfied that disbursement or extension of credit facility may result in the Bank to be in breach of any applicable laws, regulations, sanctions requirements, court orders or internal policies established to ensure compliance with such requirements. For the avoidance of doubt, the Bank shall not be liable for any loss, damage, cost, claim, or delay arising from or in connection with any suspension, withholding, deferments, refusal, or cancellation of any disbursement or credit facility except where such loss arises from the Bank's fraud, willful misconduct, or gross negligence. |
Amendment of clause (under Clause 3) |
In the event an excess is created under the OD, the Borrower shall pay interest on the excess amount at the OD Limit Excess Interest Rate as stated in the Letter of Offer. Such interest shall accrue and be compounded on a monthly basis from the date the excess amount arises until the date of actual payment, both before and after judgement. |
In line with this, the revision shall supersede the previous Terms and Conditions for Mortgage Loan/Financing and Overdraft. Kindly visit ambank.com.my/terms-and-conditions to view the updated terms and conditions.
Thank you for the banking with Your Bank. Malaysia’s Bank. AmBank.®
NOTIS
Semakan Semula Terma dan Syarat untuk Pinjaman/ Pembiayaan Perumahan dan Overdraf
Pelanggan yang Dihargai,
Harap maklum bahawa berkuat kuasa mulai 14 September 2025, Klausa 2 dan Klausa 3 dalam Terma dan Syarat untuk Pinjaman/ Pembiayaan Perumahan dan Overdraf akan disemak semula dengan penambahan dan pengubahan seperti yang berikut:
Penambahan klausa (dibawah Klausa 2) |
Tanpa mengira peruntukan yang terkandung di sini dan tanpa menjejaskan apa-apa hak atau remedi lain yang tersedia kepada Bank, Bank berhak untuk menggantung, menahan, menangguhkan, menolak, atau membatalkan apa-apa pengeluaran atau kemudahan kredit (sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya) sekiranya Bank dengan secara munasabah mempercayai dan berpuas hati bahawa pengeluaran atau pelanjutan kemudahan kredit tersebut boleh mengakibatkan Bank melanggar mana-mana undang-undang, peraturan, keperluan sekatan, perintah mahkamah atau polisi dalaman yang berkenaan yang diwujudkan bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan tersebut.
. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian, kerosakan, kos, tuntutan, atau kelewatan yang timbul daripada atau berkaitan dengan apa-apa penggantungan, penahanan, penangguhan, penolakan, atau pembatalan mana-mana pengeluaran atau kemudahan kredit, kecuali jika kerugian tersebut timbul akibat penipuan, salah laku sengaja, atau kecuaian melampau oleh Bank. |
Pengubahan Klausa (di bawah Klausa 3) |
Sekiranya berlaku lebihan di bawah Kemudahan Overdraf (OD), Peminjam hendaklah membayar faedah ke atas amaun lebihan tersebut pada Kadar Faedah Lebihan Had OD sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Tawaran. Faedah tersebut hendaklah terakru dan dikompaun setiap bulan mulai dari tarikh amaun lebihan tersebut timbul sehingga tarikh pembayaran sebenar dibuat, sama ada sebelum atau selepas penghakiman. |
Sehubungan itu, semakan ini akan menggantikan Terma dan Syarat untuk Pinjaman/Pembiayaan Perumahan dan Overdraf yang terdahulu.
Sila kunjungi ambank.com.my/terms-and-conditions untuk melihat terma dan syarat yang telah dikemaskinikan.
Terima kasih kerana berurusan dengan Bank Anda. Bank Malaysia. AmBank.