NOTICE

Revision of Terms and Conditions for Hire Purchase/-i

 

Dear Valued Customers,

Please be informed that with effect from 22 September 2026, the Terms and Conditions (T&C) for Hire Purchase/-i will be revised with the addition and amendment as follows:

 

Addition of clause
Notwithstanding any provision herein and without prejudice to any other rights or remedies available to the Bank, the Bank shall suspend, withhold, defer, refuse, or cancel any disbursement or credit facility (whether in whole or in part) if the Bank in good faith reasonably believes and is satisfied that disbursement or extension of credit facility may result in the Bank to be in breach of any applicable laws, regulations, sanctions requirements, court orders or internal policies established to ensure compliance with such requirements.
 
For the avoidance of doubt, the Bank shall not be liable for any loss, damage, cost, claim, or delay arising from or in connection with any suspension, withholding, deferments, refusal, or cancellation of any disbursement or credit facility except where such loss arises from the Bank's fraud, willful misconduct, or gross negligence.

 

In line with this, the revision shall supersede the existing Terms and Conditions for Hire Purchase/-i.

Thank you for banking with Your Bank. Malaysia’s Bank. AmBank.®

 


 


NOTIS

Semakan Semula Terma dan Syarat untuk Sewa Beli/-i

 

Pelanggan yang Dihargai,

Harap maklum bahawa berkuat kuasa mulai 22 September 2026, Terma dan Syarat untuk Sewa Beli/-i akan disemak semula dengan penambahan dan pengubahan seperti yang berikut:

 

 

Penambahan klausa
Walau mengambil kira apa pun peruntukan yang terkandung di sini dan tanpa menjejaskan sebarang hak atau remedi lain yang tersedia kepada Bank, Bank hendaklah menggantung, menahan, menangguhkan, menolak atau membatalkan sebarang pengeluaran dana atau kemudahan kredit (sama ada secara keseluruhan atau sebahagian) sekiranya Bank, dengan niat baik dan secara munasabah, berpendapat serta berpuas hati bahawa pengeluaran dana atau pemberian kemudahan kredit tersebut boleh menyebabkan Bank melanggar mana-mana undang-undang, peraturan, keperluan sekatan (sanctions requirements), perintah mahkamah atau polisi dalaman yang berkuat kuasa yang diwujudkan bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan tersebut.
 
Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kerosakan, kos, tuntutan atau kelewatan yang timbul daripada atau berkaitan dengan sebarang penggantungan, penahanan, penangguhan, penolakan atau pembatalan mana-mana pengeluaran dana atau kemudahan kredit, kecuali jika kerugian tersebut berpunca daripada penipuan, salah laku yang disengajakan (willful misconduct), atau kecuaian melampau (gross negligence) daripada pihak Bank.

 


Sehubungan itu, semakan ini akan menggantikan Terma dan Syarat Sewa Beli/-i yang berkuat kuasa pada masa ini.

Terima kasih kerana berurusan dengan Bank Anda. Bank Malaysia. AmBank.