NOTICE
Notification of Producr Risk Rating Revision
Dear Valued Customer,
As part of our ongoing commitment to ensure that our Conventional Unit Trust/Shariah-Compliant Unit Trust (Unit Trusts) offerings remain relevant and aligned with evolving market conditions, we have completed a periodic review of the Product Risk Ratings (PRR) for selected Unit Trust funds.
Following this review, certain Unit Trust funds will have their risk ratings updated, with the revisions taking effect from 4 June 2026.
Product Risk Ratings are intended as a general guide in assessing the suitability of a Unit Trust fund relative to your individual risk profile. These PRR updates do not reflect any changes to the underlying investment objective, strategy or valuation of the respective funds. The PRR is not a guarantee of future performance or risk and does not constitute investment advice.
Important to note:
- The revised risk ratings will be applied on a prospective basis from 4 June 2026.
- All Unit Trust transactions executed prior to this date remain valid and were assessed based on the prevailing risk rating at the point of investment.
We encourage you to review your investment portfolio periodically to ensure it continues to align with your financial objectives and risk tolerance. Should you wish to discuss your holdings or require further clarification, your Relationship Manager or Personal Banker will be pleased to assist you.
All Unit Trust funds are risk rated under a 5-point scale ranging from 1 (representing the lowest risk) to 5 (representing the highest risk).
NOTIS
Pemberitahuan mengenai Semakan Semula Penarafan Risiko Produk
Pelanggan yang Dihargai,
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk memastikan penawaran Unit Amanah Konvensional/Unit Amanah Patuh Syariah (Unit Amanah) kami kekal relevan dan sejajar dengan keadaan pasaran yang sentiasa berubah, kami telah menyelesaikan semakan berkala Penarafan Risiko Produk (PRR) bagi beberapa dana Unit Amanah terpilih.
Berikutan semakan ini, penarafan risiko bagi sesetengah dana Unit Amanah akan dikemaskinikan, dengan perubahan berkuat kuasa mulai 4 Jun 2026.
Penarafan Risiko Produk adalah bertujuan sebagai panduan umum untuk menilai kesesuaian sesuatu dana Unit Amanah berbanding profil risiko individu anda. Pengemaskinian PRR ini tidak mencerminkan sebarang perubahan terhadap objektif asas pelaburan, strategi atau penilaian dana tersebut masing-masing. PRR bukan jaminan terhadap prestasi atau risiko masa hadapan dan tidak merupakan nasihat pelaburan.
Penting untuk diambil perhatian:
• Penarafan risiko yang disemak semula akan dilaksanakan atas asas prospektif mulai 4 Jun 2026.
• Semua transaksi Unit Amanah yang dilaksanakan sebelum tarikh ini kekal sah dan telah dinilai berdasarkan penarafan risiko semasa pada masa pelaburan.
Kami menggalakkan anda untuk menyemak portfolio pelaburan anda secara berkala bagi memastikan portfolio terus selaras dengan objektif kewangan dan toleransi risiko anda. Sekiranya anda ingin membincangkan pegangan anda atau memerlukan penjelasan lanjut, Pengurus Perhubungan atau Pegawai Perbankan Peribadi anda akan sedia membantu.
Semua dana Unit Amanah adalah dinilai berdasarkan skala 5 mata, daripada 1 (mewakili risiko terendah) hingga 5 (mewakili risiko tertinggi).
Terima kasih kerana berurusan dengan Bank Anda. Bank Malaysia. AmBank.