NOTICE

Important Updates on Malaysia's E-Invoicing Requirements

 

Dear Valued Customers,

There have been several recent developments to Malaysia's e-Invoicing framework. We would like to bring the following key updates to your attention:

  1. Discontinuation of AmBank Data Collection Webpage

    It has been over two years since the implementation of e-invoice, the e-Invoice data collection webpage has now been officially decommissioned.

    Moving forward, Customers may contact their respective Relationship Manager or designated business representative should they need to update their information with AmBank.


  2. Disallowance of Consolidated E-Invoices for Transactions Exceeding RM10,000

    With effect from 1 July 2026, AmBank has been required to comply with the Inland Revenue Board of Malaysia's ("LHDN") requirement that transactions exceeding RM10,000 must be reported using the customer's details.

    Accordingly, transactions above this threshold can no longer be reported under a consolidated e-Invoice and must instead be disclosed to LHDN with the relevant customer information. Therefore, customers are required to receive an individual e-Invoice for such transactions.


  3. Validation of Business Registration Numbers (BRNs) by LHDN

    We would also like to bring to your attention LHDN's announcement published on the MyInvois website on 12 June 2026. Under this announcement, with effect from 1 August 2026, LHDN will validate the Business Registration Number ("BRN") and Tax Identification Number (“TIN”) submitted in an e-Invoice against the corresponding information maintained in LHDN's records.

As part of the announcement, LHDN has advised taxpayers to:

  • Obtain accurate and updated BRN information from their buyers; and
  • Remind buyers to update their BRN information with LHDN (HASiL) to ensure consistency between the BRN provided to suppliers and the records maintained by LHDN.

As a result of this validation requirement, any mismatch between the BRN submitted in the e-Invoice and LHDN's records may result in the rejection of the e-Invoice submission.

To facilitate the successful processing of your e-Invoices, we encourage you to:

  • Verify that your BRN information maintained with LHDN is accurate and up to date; and
  • Provide AmBank with your latest BRN information by ensuring that it is consistent with the records maintained by LHDN.

Should you wish to update your information with AmBank, please contact your Relationship Manager or designated business representative.

We thank you for your cooperation and continued support.

Thank you for the banking with Your Bank. Malaysia’s Bank. AmBank.®

 


 

NOTIS

Kemas Kini Penting Mengenai Keperluan E-Invois Malaysia

 

Pelanggan yang Dihargai,

Terdapat beberapa perkembangan terkini berkaitan rangka kerja e-Invois Malaysia. Kami ingin memaklumkan mengenai perkara penting yang berikut untuk perhatian anda:

  1. Penamatan Laman Sesawang Pengumpulan Data AmBank

    Setelah lebih dua tahun pelaksanaan e-Invois, laman sesawang pengumpulan data e-Invois kini telah ditamatkan secara rasmi.

    Mulai sekarang, pelanggan boleh menghubungi Pengurus Perhubungan mereka masing-masing atau wakil perniagaan yang ditetapkan sekiranya mereka perlu mengemas kini maklumat mereka dengan AmBank.


  2. Larangan Penggunaan E-Invois yang Disatukan bagi Transaksi Melebihi RM10,000

    Berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026, AmBank telah dikehendaki untuk mematuhi keperluan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia ("LHDN") yang menetapkan bahawa transaksi melebihi RM10,000 hendaklah dilaporkan menggunakan maklumat pelanggan tersebut.

    Sehubungan itu, transaksi yang melebihi ambang tersebut tidak lagi boleh dilaporkan di bawah e-Invois yang disatukan dan sebaliknya hendaklah didedahkan kepada LHDN bersama maklumat pelanggan yang berkaitan. Oleh itu, pelanggan Adalah dikehendaki untuk menerima e-Invois individu bagi transaksi sepertinya.


  3. Pengesahan Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) oleh LHDN

    Kami juga ingin menarik perhatian anda terhadap pengumuman LHDN yang dipaparkan di laman sesawang MyInvois pada 12 Jun 2026. Berdasarkan pengumuman tersebut, berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2026, LHDN akan mengesahkan Nombor Pendaftaran Perniagaan ("BRN") dan Nombor Pengenalan Cukai ("TIN") yang dikemukakan dalam e-Invois dengan maklumat yang sepadan dalam rekod LHDN.

Sebagai sebahagian daripada pengumuman tersebut, LHDN telah menasihatkan pembayar cukai untuk:

  • Mendapatkan maklumat BRN yang tepat dan terkini daripada pembeli mereka; dan
  • Mengingatkan pembeli supaya mengemas kini maklumat BRN mereka dengan LHDN (HASiL) bagi memastikan konsistensi antara BRN yang diberikan kepada pembekal dan rekod yang disimpan oleh LHDN.

Akibat daripada keperluan pengesahan ini, sebarang ketidakpadanan antara BRN yang dikemukakan dalam e-Invois dan rekod LHDN boleh menyebabkan penghantaran e-Invois ditolak.

Bagi memudahkan pemprosesan e-Invois anda dengan lancar, kami menggalakkan anda untuk:

  • Mengesahkan bahawa maklumat BRN yang disimpan oleh LHDN adalah tepat dan terkini; dan
  • Memberikan AmBank maklumat BRN terkini anda dengan memastikan maklumat tersebut selaras dengan rekod yang disimpan oleh LHDN.

Sekiranya anda ingin mengemas kini maklumat anda dengan AmBank, sila hubungi Pengurus Perhubungan anda atau wakil perniagaan yang ditetapkan.

Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan anda.

Terima kasih kerana berurusan dengan Bank Anda. Bank Malaysia. AmBank.