NOTICE

AmOnline App’s Latest Security Updates

 

Dear Valued Customers,

Kindly be informed that with effect from 26 June 2025, the following security measures will be implemented in AmOnline App to comply with regulatory directives aimed at preventing online banking fraud.

 

Security EnhancementsImpact on Customers
Debit Card Blocking

If you notice any unusual or suspicious transactions on your Debit Card, you can immediately block it using the ‘Kill Switch’ feature available on the AmOnline App homepage and under ‘Manage’ on your Debit Card page.

There are two ways to block it:

  • From ‘Cards’: Go to ‘Account’ > Select ‘Cards’ > ‘Debit Card’ > ‘Manage’ > ‘Block this Card’
  • Via ‘Kill Switch’ feature: Tap on ‘Kill Switch’ feature > ‘Block Debit or Credit Cards’

Once your card is successfully blocked, you will receive a push notification as well as an email confirmation. To get a replacement, simply visit your nearest AmBank branch for a new Debit Card issuance.

Unofficial App Detection (for Android Devices only)

To enhance your device’s security, the AmOnline App will scan for applications installed from unofficial sources or third-party websites, including modified APK files. These apps may contain harmful or altered code that could compromise your device. If such apps are detected, AmOnline App will display a warning notification.

We strongly recommend removing these apps and only installing applications from trusted sources such as Google Play Store or Huawei AppGallery.

Valid Email Address and Mobile Number are Required to Reset Password

A valid email address and mobile number registered with the Bank are now required to reset your password via the AmOnline App. You will receive a verification code sent to your registered email address before completing the password reset process.

If you haven’t updated your contact details, please visit any AmBank branch to ensure your mobile number and email address are up to date.

 

For any enquiries or clarification, kindly contact us at +603-2178 8888, operational daily from 7.00 a.m. to 11.00 p.m. or email us at [email protected].

Thank you for banking with Your Bank. Malaysia’s Bank. AmBank.

 


 

NOTIS

Kemas Kini Keselamatan Terkini untuk Aplikasi AmOnline

 

Pelanggan yang Dihargai,

Harap maklum bahawa berkuat kuasa mulai 26 Jun 2025, langkah keselamatan berikut akan dilaksanakan dalam Aplikasi AmOnline untuk mematuhi arahan kawal selia bagi mencegah penipuan perbankan dalam talian.

 

Peneguhan KeselamatanKesan Terhadap Pelanggan
Penyekatan Kad Debit

Jika anda melihat sebarang transaksi yang luar biasa atau mencurigakan pada Kad Debit anda, anda boleh menyekatnya dengan segera menggunakan ciri ‘Kill Switch’ yang tersedia di halaman utama Aplikasi AmOnline dan di bawah ‘Urus Tetapan’ di halaman Kad Debit anda.

Terdapat dua cara untuk menyekatnya:

  • Daripada halaman ‘Kad’: Pergi ke ‘Akaun’ > Pilih ‘Kad’ > ‘Kad Debit’ > ‘Urus’ Tetapan > ‘Sekat Kad ini’
  • Melalui ciri ‘Kill Switch’: Sentuh pada ciri ‘Kill Switch’> ‘Sekat Kad Kredit atau Debit’

Apabila Kad anda telah berjaya disekat, anda akan menerima pemberitahuan segera dan juga pengesahan e-mel. Untuk mendapatkan penggantian, hanya kunjungi cawangan AmBank anda yang terdekat untuk pengeluaran Kad Debit baharu.

Pengesanan Aplikasi Tidak Rasmi (untuk Peranti Android sahaja)

Untuk meningkatkan keselamatan peranti anda, Aplikasi AmOnline akan mengimbas aplikasi yang dipasang daripada sumber tidak rasmi atau tapak sesawang pihak ketiga, termasuk fail APK yang diubah suai. Aplikasi ini mungkin mengandungi kod berbahaya atau diubah yang boleh menjejaskan peranti anda. Jika aplikasi sedemikian dikesan, AmOnline akan memaparkan pemberitahuan amaran.

Kami amat mengesyorkan untuk menyingkir aplikasi begini dan hanya memasang aplikasi daripada sumber yang dipercayai seperti Google Play Store atau Huawei AppGallery.

E-mel dan Nombor Telefon Mudah Alih yang Sah Diperlukan untuk Menetapkan Semula Kata Laluan

Alamat e-mel dan nombor telefon mudah alih yang sah yang didaftarkan dengan Bank kini diperlukan untuk menetapkan semula kata laluan anda melalui Aplikasi AmOnline. Anda akan menerima kod pengesahan yang dihantar ke e-mel berdaftar anda sebelum melengkapkan proses tetapan semula kata laluan.

Jika anda belum mengemas kini butiran perhubungan anda, sila kunjungi mana-mana cawangan AmBank untuk memastikan nombor telefon mudah alih dan alamat e-mel anda dikemas kini.

 

Untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan, sila hubungi kami melalui +603-2178 8888, beroperasi setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam atau e-mel kepada kami melalui [email protected].

Terima kasih kerana berurusan dengan Bank Anda. Bank Malaysia. AmBank.