Search AmBank
Start typing...
Susulan pengumuman Belanjawan 2021, program Bantuan Bayaran Bersasar (TRA) disediakan bagi memberi bantuan yang berikut kepada pelanggan/kemudahan yang layak apabila permohonan daripada pelanggan untuk mendapat bantuan disahkan.
Pilihan 1
Pilihan 2
Program TRA disediakan kepada pelanggan yang dikategorikan sebagai B40 dan berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), iaitu:
Mana-mana kemudahan pinjaman/pembiayaan yang berikut, sekiranya diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan kekal aktif (tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh pengesahan oleh pelanggan):
Bantuan ini akan disediakan kepada pelanggan yang layak untuk pemilihan dari 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021.
Perjanjian tambahan yang memperincikan perubahan yang berkaitan akan dihantar untuk pengesahan anda. Pengesahan ini diperlukan bagi membolehkan bantuan bayaran tersebut berkuat kuasa.
Bank tidak akan memerlukan dokumentasi daripada pelanggan bagi membuktikan kelayakan. Sebaliknya, kami akan bergantung pada data BSH yang akan disediakan melalui BNM.
TRA akan disediakan kepada pelanggan yang layak apabila permohonan anda diserahkan, dengan syarat nama dan nombor Kad Pengenalan anda sama dengan pangkalan data BSH. Kelulusan lanjut tidak diperlukan.
Sekiranya anda tidak layak dan/atau nama dan/atau nombor Kad Pengenalan anda tidak sama dengan data dalam pangkalan data BSH, Bank akan menyemak semula permohonan anda, menilai situasi anda dan berbincang mengenai penyelesaian yang sesuai dengan anda.
Anda akan menerima pengesahan automatik mengenai permohonan anda.
Bank akan memaklumkan kepada anda dalam masa 5 hari bekerja mengenai status permohonan anda.
Ya. Sekiranya mana-mana pelanggan bersama ialah penerima BSH/BPR atau ialah pasangan seorang penerima BSH/BPR, mereka akan layak mendapat bantuan ini.
Sekiranya anda tidak berdaftar dalam pangkalan data BSH/BPR/BPN tetapi ingin memohon bantuan, Bank boleh menawarkan bentuk bantuan pembayaran lain yang sesuai untuk situasi kewangan anda.
Ya, sekiranya anda berada dalam kategori B40 dan berdaftar dalam pangkalan data BSH/BPR.
Ya, Bank boleh menerima permohonan daripada anda, walaupun anda telah mendaftar untuk Bantuan Bayaran/Cuti Bayaran sedia ada dan mengubah suai bantuan untuk anda dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, kami akan berbincang dengan anda terlebih dahulu tentang butiran perubahan yang diperlukan.
Anda boleh mengesahkan bantuan yang diperlukan pada bila-bila masa di antara 23 November 2020 dan 30 Jun 2021.
Ya. Pelanggan mempunyai pilihan untuk mengesahkan bantuan yang diperlukan pada bila-bila masa dari 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021.
Bantuan akan bermula pada tarikh matang bayaran ansuran pelanggan yang seterusnya. Pelanggan yang membuat pengesahan pada 30 Jun 2021 boleh menikmati bantuan ini hingga selewat-lewatnya Disember 2021.
Bank juga boleh terus menawarkan bantuan tambahan kepada pelanggan.
Sebelum anda mengesahkan pilihan anda, harap maklum dan ambil perhatian bahawa:
Anda perlu memahami butiran terperinci mengenai implikasi kos bantuan tersebut sebelum anda mengesahkan pilihan anda. Ini akan termasuk butiran tentang perubahan dalam jadual bayaran (tempoh akan dilanjutkan), peningkatan dalam bayaran ansuran bulanan dan sebarang pembayaran sekali gus yang perlu dibayar pada masa hadapan.
Proses permohonan yang dipermudahkan ini memerlukan pelanggan untuk hanya menyediakan pengisytiharan kendiri bahawa pendapatan mereka atau pendapatan isi rumah mereka (iaitu pendapatan pelanggan dan pasangan mereka yang digabungkan) sedang mengalami pengurangan akibat pandemik.
Untuk memohon TRA dan menyerahkan pengisytiharan kendiri anda, anda boleh:
Pemudahan ini akan terpakai kepada mana-mana pelanggan yang dikategorikan sebagai M40 dan berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (BPN):
Anda hanya perlu menyediakan pengisytiharan kendiri bahawa pendapatan anda atau pendapatan isi rumah sedang mengalami pengurangan akibat pandemik.
Walau bagaimanapun, Bank mungkin akan meminta dokumen sokongan daripada anda bagi tujuan pasca pengesahan.
Sila gunakan kalkulator gadai janji mudah ini untuk mengira faedah/keuntungan terakru yang dikenakan semasa Pelepasan Pembayaran.
*Nota: Kalkulator ini terpakai untuk Pinjaman/Pembiayaan-i Perumahan Kiraan Atas Baki Harian dan Pinjaman/Pembiayaan-i Harta Tanah Komersial Kiraan Atas Baki Harian sahaja.
Penafian: Harap maklum bahawa ini hanyalah anggaran am dan untuk tujuan ilustrasi sahaja.
Ilustrasi
Faedah/Keuntungan Terakru yang dikenakan semasa Pelepasan Pembayaran
= Amaun Baki Pinjaman/Pembiayaan X (Kadar Faedah%/bilangan hari dalam setahun) X Jumlah hari semasa Pelepasan Pembayaran
= 300000 X (3.50%/365hari) X 90 hari
Amaun Baki Pinjaman/Pembiayaan (RM) | 300000 |
Kadar Faedah/Keuntungan (% setahun) | 3.50 |
Tarikh Mula Pelepasan Pembayaran | 01/01/2021 |
Tarikh Akhir Pelepasan Pembayaran | 31/03/2021 |
Jumlah Faedah/Keuntungan Terakru(RM) | 2589.04 |
Amaun Baki Pinjaman/Pembiayaan (RM) Nombor sahaja (contoh: 300000.01) | |
Kadar Faedah/Keuntungan (% setahun) Maksimum 2 titik perpuluhan (contoh: 3.05 / 3.50 / 3.0) | |
Tarikh Mula Pelepasan Pembayaran Format Tarikh ialah HH/BB/TTTT Untuk IE sahaja: Format tarikh ialah TTTT/BB/HH | |
Tarikh Akhir Pelepasan Pembayaran Format Tarikh ialah HH/BB/TTTT Untuk IE sahaja: Format tarikh ialah TTTT/BB/HH | |
Jumlah Faedah/Keuntungan Terakru(RM) | |
Dikemaskini pada 28 Disember 2020