Program Bantuan Pembayaran


1. Apa itu program Bantuan Pembayaran yang baharu and siapakah yang layak?

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun 2021, kami menawarkan pakej yang berikut kepada pelanggan kami yang terjejas:

Kategori Pelanggan Bantuan Pembayaran
  1. Semua pelanggan individu (B40, M40 atau T20)
  1. Penangguhan bayaran selama 6 bulan; 
    ATAU
  2. Pengurangan 50% dalam bayaran ansuran bulanan untuk tempoh selama 6 bulan
  1. Perniagaan mikro* 
  1. Mana-mana PKS* yang mengalami masalah kewangan yang teruk akibat daripada pandemik

* mana-mana PKS atau perniagaan mikro seperti yang ditakrifkan dalam Garis Panduan Definisi PKS yang dikeluarkan oleh Perbadanan PKS Malaysia.

Harap maklum bahawa di sepanjang tempoh Bantuan Pembayaran selama 6 bulan:

  1. Faedah/Keuntungan akan terus terakru; dan
  2. Bank boleh mendapatkan semula faedah/keuntungan daripada perubahan dalam pembayaran ansuran.

Di samping itu:

  1. Semua faedah/keuntungan/caj lewat bayar terakru tidak akan dipermodalkan pada penghujung tempoh Bantuan Pembayaran. Jumlah terakru akan dibayar selepas tamat tempoh penangguhan.
  2. Amaun ansuran akan ditangguhkan dengan faedah/keuntungan terakru dan tempoh pembiayaan akan dilanjutkan. Biasanya lanjutan tempoh pembiayaan tidak akan melebihi 24 bulan.
  3. Akan terdapat peningkatan dalam kos pinjaman/pembiayaan, ke atas jumlah pembayaran keseluruhan, terutamanya akibat daripada penangguhan ansuran dengan faedah/keuntungan dikenakan disebabkan oleh lanjutan tempoh.

Bagi pelanggan individu atau perniagaan yang tidak layak untuk mana-mana pakej yang dinyatakan di atas, kami juga menyediakan Program Bantuan Pembayaran lain yang bersesuaian dengan keperluan kewangan dan situasi anda dalam usaha kami untuk membantu mengurangkan bebanan anda, tertakluk pada penilaian dalaman kami.

2. Apakah akaun pinjaman/pembiayaan yang layak di bawah Program Bantuan Pembayaran ini?

Mana-mana kemudahan pinjaman/pembiayaan yang berikut, sekiranya diluluskan sebelum 1 Julai 2021 dan kekal aktif, iaitu, tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat oleh pelanggan:

  1. Pinjaman/Pembiayaan Perumahan
  2. Pinjaman/Pembiayaan Peribadi-i (Kakitangan Awam / Angkasa)
  3. Pinjaman/Pembiayaan Kenderaan
  4. Pinjaman/Pembiayaan Sewa Beli
  5. Kad Kredit/Kad Kredit-i
  6. Pinjaman / Pembiayaan Bertempoh-i dijamin oleh Sijil ASB / ASB2
  7. Pinjaman/Pembiayaan Bertempoh yang telah ditukarkan daripada baki Kad Kredit/Kad Kredit-i
  8. Pinjaman/Pembiayaan Modal Kerja Bertempoh PKS
  9. Pinjaman/Pembiayaan Harta Perniagaan PKS
  10. Overdraf / Kemudahan Tunai-i
3. Bilakah tarikh ia berkuat kuasa?

Bantuan ini disediakan kepada pelanggan yang layak dari sekarang hingga 31 Disember 2021.

4. Bagaimana untuk memohon bantuan ini?

Semua individu dan perniagaan yang memerlukan Bantuan Pembayaran boleh:

  1. Hantar permohonan anda melalui laman sesawang kami: ambank.com.my/RAform (untuk individu) / ambank.com.my/RAformSME (untuk PKS); ATAU
  2. Hubungi nombor telefon di bawah:

    Pelanggan Individu

    • 03-2178 8888 (Beroperasi setiap hari dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam)

    Pelanggan Perniagaan

    • 03-2178 3188 (Waktu operasi: Isnin hingga Khamis, dari 8.45 pagi hingga 5.45 petang dan Jumaat, dari 8.45 pagi hingga 4.45 petang); atau
    • Anda juga boleh menghubungi Pengurus Perhubungan anda

Bagi Pinjaman/Pembiayaan Sewa Beli di bawah Akta Sewa Beli dan Pembiayaan Kadar Tetap Berlandaskan Islam,perjanjian tambahan yang memperincikan perubahan yang berkaitan akan dihantar untuk pengesahan anda. Pengesahan ini diperlukan bagi membolehkan Bantuan Pembayaran tersebut berkuat kuasa.

Bagi Kad Kredit/Kad Kredit-i, anda boleh menghantar permohonan anda melalui aplikasi AmOnline. Sila rujuk ambank.com.my/btl6 untuk maklumat lanjut.

5. Apakah dokumen yang perlu saya serahkan?

Bank tidak akan memerlukan dokumentasi daripada pelanggan bagi membuktikan kelayakan.

Walau bagaimanapun, Bank mungkin akan meminta dokumen sokongan daripada anda bagi tujuan pasca pengesahan. Bank berhak untuk menarik balik permohonan sekiranya maklumat yang diberikan tidak betul.

6. Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan saya diluluskan?

Bantuan Pembayaran akan diluluskan serta-merta kepada pelanggan yang layak apabila permohonan anda diserahkan.

Bagi pelanggan yang tidak layak untuk mana-mana pakej yang dinyatakan di atas, kami juga menyediakan Program Bantuan Pembayaran lain yang bersesuaian dengan keperluan kewangan dan situasi anda dalam usaha kami untuk membantu mengurangkan bebanan anda, tertakluk pada penilaian dalaman kami. Permohonan anda akan diluluskan dalam tempoh 48 jam, sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan.

7. Bagaimana dan bilakah saya boleh mengetahui jika permohonan saya berjaya?

Bantuan Pembayaran akan diluluskan serta-merta kepada pelanggan yang layak apabila permohonan anda diserahkan.

Seterusnya, Bank akan memaklumkan kepada anda dalam masa 5 hari kalendar bagi individu dan 14 hari kalendar bagi PKS, mengenai butiran permohonan anda.

​​​
8. Sekiranya saya tidak layak untuk mana-mana pakej yang dinyatakan di atas, bolehkah saya memohon sebarang Bantuan Pembayaran?

Bagi pelanggan yang tidak layak untuk mana-mana pakej yang dinyatakan di atas, pihak Bank boleh menyediakan Program Bantuan Pembayaran lain yang bersesuaian dengan keperluan kewangan dan situasi anda dalam usaha kami untuk membantu mengurangkan bebanan anda, tertakluk pada penilaian dalaman kami. Pihak Bank juga boleh merujuk anda kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk nasihat kewangan yang seterusnya untuk menguruskan hutangan anda.

​​​
9. Saya telah memohon untuk Bantuan Pembayaran/Cuti Bayaran yang sedia ada. Adakah saya masih boleh memilih untuk memohon Program Bantuan Pembayaran yang baharu ini?

Ya, Bank boleh menerima permohonan daripada anda, walaupun anda telah mendaftar untuk Bantuan Pembayaran/Cuti Bayaran yang sedia ada. Permohonan anda yang baharu hanya akan berkuat kuasa setelah bantuan semasa atau yang sedia ada tamat.

​​​
10. Saya kini mempunyai Cuti Bayaran untuk tempoh selama 3 bulan, bolehkah saya mendapat Cuti Bayaran untuk tempoh selama 6 bulan yang baru ini?

Ya, anda boleh memohon Cuti Bayaran baru untuk tempoh selama 6 bulan dan ia akan ditambah ke dalam jadual anda yang sedia ada, selepas permohonan diluluskan dan diproses.

​​​
11. Bilakah saya perlu memohon? Bolehkah saya memilih untuk memohon kemudian, contohnya, bila-bila masa pada tahun hadapan?

Anda boleh mengesahkan bantuan yang diperlukan pada bila-bila masa dari sekarang hingga 31 Disember 2021. Sila ambil perhatian:

  1. Bantuan akan bermula dari ansuran anda yang seterusnya.
  2. Bantuan akan disediakan untuk ansuran yang perlu dibayar bagi bulan Julai 2021 dan seterusnya.
​​​
12. Adakah amaun bayaran / ansuran bulanan saya bertukar selepas tempoh penangguhan?

Amaun bayaran / ansuran bulanan anda akan tetap sama* selepas tempoh penangguhan selama 6 bulan.

* Amaun mungkin berubah sekiranya ada perubahan dalam Kadar Asas/Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas, bagi pinjaman / pembiayaan dengan kadar berubah.

​​​
13. Apakah yang perlu saya ketahui tentang Program Bantuan Pembayaran ini sebelum membuat keputusan mengenai pilihan yang disediakan?

Kami amat memahami bahawa keadaan buat masa ini masih mencabar. Oleh itu, AmBank/AmBank Islamic komited untuk memberikan anda bantuan dan sokongan yang sewajarnya bagi memenuhi obligasi pembayaran anda

Walau bagaimanapun, sebelum anda mengesahkan pilihan anda, sila ambil perhatian dan harap maklum bahawa:

  1. Amaun bayaran bulanan dan/atau tempoh pinjaman/pembiayaan anda akan diselaraskan untuk menggambarkan kos pembiayaan keseluruhan yang lebih tinggi; dan
  2. Untuk kemudahan Sewa Beli dan pembiayaan berlandaskan Islam, dokumen atau perjanjian baharu perlu ditandatangani selaras dengan keperluan undang-undang dan Syariah sebelum bantuan boleh berkuat kuasa.

Di samping itu, anda juga dinasihatkan untuk memahami butiran terperinci mengenai implikasi kos akibat daripada bantuan tersebut, sebelum anda mengesahkan pilihan anda. Ini termasuklah butiran tentang perubahan dalam jadual pembayaran di mana akan terdapat lanjutan dalam tempoh bayaran, peningkatan dalam ansuran bulanan dan sebarang pembayaran sekali gus yang perlu dibayar pada masa hadapan.

Justeru itu, sekiranya status kewangan anda telah bertambah baik dan anda mampu untuk menambah bayaran bulanan pembiayaan/pinjaman anda, sila hubungi kami untuk menyemak semula terma bayaran anda.

​​​
14. Adakah terdapat sebarang kesan pada rekod kewangan, terutamanya CCRIS, untuk pelanggan yang memilih untuk mendapatkan Bantuan Pembayaran?

Rekod CCRIS anda tidak akan terjejas oleh Bantuan Pembayaran ini. Rekod CCRIS anda akan kekal pada status yang sama seperti sebelum Bantuan Pembayaran bermula.

​​​
15. Apakah implikasi kos dalam memilih pilihan yang sedia ada?

Kos ini termasuk faedah/keuntungan terakru semasa tempoh penangguhan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami untuk mendapatkan pengiraan implikasi kos.

Pelanggan Individu

  • 03-2178 8888 (Beroperasi setiap hari dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam)

Pelanggan Perniagaan

  • 03-2178 3188 (Waktu operasi: Isnin hingga Khamis, dari 8.45 pagi hingga 5.45 petang dan Jumaat, dari 8.45 pagi hingga 4.45 petang); atau
  • Anda juga boleh menghubungi Pengurus Perhubungan anda
​​​
16. Bolehkah saya memohon untuk mendapatkan bayaran balik Bantuan Pembayaran pada bulan Julai 2021 bagi amaun yang telah dibayar pada bulan Julai?

Untuk permohonan Bantuan Pembayaran yang diterima pada bulan Julai, anda boleh memohon untuk mendapatkan bayaran balik amaun yang telah dibayar. Sila maklum bahawa proses untuk mendapatkan bayaran balik mungkin mengambil masa yang lebih panjang kerana ia melibatkan pengiraan secara manual. Kami akan memaklumkan anda.

​​​
17. Sekiranya pengurangan pembayaran ansuran bulanan sebanyak 50% tidak dapat menutup faedah / keuntungan bulanan, apakah yang boleh ditawarkan oleh pihak Bank?

Sekiranya pengurangan pembayaran ansuran bulanan sebanyak 50% tidak dapat menutup faedah / keuntungan bulanan anda, Bank boleh terus menawarkan kepada anda Cuti Bayaran untuk tempoh selama 6 bulan.

​​​
18. Semasa tempoh penangguhan, apa yang perlu saya buat?

Sekiranya status kewangan anda telah bertambah baik dan anda boleh menambah bayaran bulanan pembiayaan/pinjaman anda, anda digalakkan untuk membayar sebanyak amaun yang anda mampu untuk mengurangkan pinjaman / pembiayaan anda.

Sekiranya akaun anda mempunyai sebarang tunggakan, kami sarankan agar anda berusaha untuk melangsaikan sebarang tunggakan (jika ada) semasa tempoh cuti bayaran.

​​​

 

Dikemaskini pada 16 Julai 2021