Soalan Lazim

  1. Mengenai Moratorium dan Kelayakan

1. Apakah Moratorium ini dan bagaimanakah ia berfungsi?

Moratorium ini merupakan penangguhan atau penggantungan sementara obligasi pembayaran pinjaman/pembiayaan (prinsipal dan faedah/keuntungan) untuk tempoh 6 bulan bermula 1 April 2020 hingga 30 September 2020 (“Moratorium”).

Semasa tempoh ini:

  • Pelanggan yang layak tidak perlu membuat sebarang pembayaran untuk pinjaman/pembiayaan mereka; dan
  • Tiada caj pembayaran lewat atau penalti akan dikenakan.
2. Bilakah tarikh kuat kuasa?

Tarikh kuat kuasa ialah pada Rabu, 1 April 2020.

3. Adakah saya layak untuk Moratorium ini dan bagaimanakah untuk saya memohon?

Semua pinjaman/pembiayaan individu dan Perniagaan Kecil & Sederhana (“PKS”) (tidak termasuk kad kredit) yang menepati kriteria berikut layak secara automatik untuk penangguhan ini:

  • Tiada baki lampau tempoh untuk lebih dari 90 hari setakat 1 April 2020; dan
  • Pinjaman/pembiayaan ialah dalam Ringgit Malaysia.
4. Adakah saya perlu memohon untuk Moratorium ini?

Tidak. Semua pinjaman/pembiayaan individu dan PKS (tidak termasuk kad kredit) yang menepati kriteria akan layak secara automatik untuk penangguhan ini.

Walau bagaimanapun, susulan pengumuman oleh BNM pada 30 April 2020, pelanggan yang mempunyai pinjaman/pembiayaan antara lain:

  1. Sewa Beli/Sewa Beli-i (HP/HP-i); dan
  2. Sewa Beli Industri/Sewa Beli Industri-i (IHP/IHP-i (Barangan di bawah Akta Sewa Beli)),
perlu mengambil langkah tambahan bagi menyelesaikan proses penangguhan obligasi pembayaran pinjaman/pembiayaan mereka di bawah Moratorium ini.
5. Bagaimanakah untuk saya melengkapkan langkah tambahan bagi fasiliti Sewa Beli/Sewa Beli-i dan Sewa Beli Industri/Sewa Beli Industri-i (Barangan di bawah Akta Sewa Beli)

Sila rujuk pada bahagian mengenai Sewa Beli/Sewa Beli-i dan Sewa Beli Industri/Sewa Beli Industri-i (Barangan di bawah Akta Sewa Beli).

  1. Ciri dan Proses

1. Bolehkah saya memilih untuk tidak menangguhkan pembayaran pinjaman/pembiayaan saya?

Ya, anda boleh memilih untuk tidak menyertai Moratorium ini.

Semua Arahan Tetap dan Auto Debit untuk membayar akaun pinjaman/pembiayaan anda akan ditangguhkan semasa tempoh selama 6 bulan ini.

Anda sepatutnya telah menerima SMS daripada kami berkenaan dengan penangguhan ini. Sekiranya anda tidak menerima sebarang SMS, anda boleh memilih untuk tidak menyertai Moratorium ini dan meneruskan Arahan Tetap dan/atau Auto Debit untuk membayar fasiliti pinjaman/pembiayaan anda dengan melengkapkan borang Tidak Menyertai melalui ambank.com.my/optout

Pilihan untuk Tidak Menyertai

  1. Lengkapkan dan hantar “Borang Tidak Menyertai ” melalui ambank.com.my/optout;atau
  2. E-mel permohonan dan pertanyaan anda kepada customercare@ambankgroup.com;
  3. Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan kami melalui:
    • 03-2178 8888 (Pelanggan Individu) – setiap hari bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam
    • 03-2178 3188 (Pelanggan PKS) – Isnin hingga Jumaat, bermula 8.00 pagi hingga 4.45 petang

Sekiranya anda telah lebih awal memilih untuk tidak menyertai Moratorium ini,

Sekiranya anda telah membuat pembayaran bulanan mengikut perjanjian anda dan telah lebih awal memilih untuk tidak menyertai Moratorium ini, anda tidak perlu melakukan apa-apa di bawah proses baharu ini. Sila teruskan membuat pembayaran bulanan anda seperti biasa.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda telah lebih awal memilih untuk menyertai Moratorium ini, susulan pengumuman oleh BNM pada 30 April 2020, pelanggan yang mempunyai fasiliti pinjaman/pembiayaan:

  1. Sewa Beli/Sewa Beli-i (HP/HP-i); dan
  2. Sewa Beli Industri/Sewa Beli Industri-i (Barangan di bawah Akta Sewa Beli),
perlu melengkapkan langkah tambahan sebelum 30 Jun 2020 sama ada ingin:
  • menyambung untuk menangguhkan obligasi pembayaran dan menerima terma fasiliti pinjaman/pembiayaan yang disemak semula (Opt-In); atau
  • tidak menyertai Moratorium ini (Opt-Out).
2. Adakah tarikh kematangan pinjaman/pembiayaan saya akan terjejas selepas tempoh moratorium?

Ya, kerana apabila pembayaran ansuran bermula selepas tempoh moratorium, amaun ansuran dijangka akan kekal sama (melainkan terdapat perubahan pada Kadar Asas/Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas, yang mempengaruhi pinjaman/pembiayaan kadar berubah). Perkara ini memerlukan tarikh kematangan pinjaman/pembiayaan anda dilanjutkan sekurang-kurangkan untuk 6 bulan.

3. Bolehkah saya mengekalkan tarikh kematangan asal dan/atau pembayaran bulanan saya, selepas tempoh moratorium?

Ya. Anda perlu menghantar permohonan anda kepada bank.

  1. E-mel permohonan dan pertanyaan anda kepada customercare@ambankgroup.com; atau
  2. Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan kami melalui:
    • 03-2178 8888 (Pelanggan Individu) – setiap hari bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam
    • 03-2178 3188 (Pelanggan PKS) – Isnin hingga Jumaat, bermula 8.45 pagi hingga 4.45 petang

Kami akan memberi informasi ansuran bulanan yang sewajar dengan tarikh kematangan pembiayaan.

4. Adakah saya perlu membayar faedah/keuntungan semasa tempoh moratorium ini?

Faedah/keuntungan* akan terus terakru/dicaj semasa tempoh moratorium selama 6 bulan.

Walau bagaimanapun, faedah/keuntungan yang terakru/dicaj tidak akan dikompaun ke dalam prinsipal pinjaman/pembiayaan anda semasa tempoh moratorium.

Ini bermakna semua pelanggan individu dan PKS yang layak untuk penangguhan secara automatik tidak akan dicaj sebarang faedah atas faedah atau keuntungan atas keuntungan semasa tempoh moratorium.

*Tiada faedah/keuntungan akan dicaj semasa tempoh moratorium untuk fasiliti pinjaman/pembiayaan Sewa Beli/Sewa Beli-i dan Sewa Beli Industri/Sewa Beli Industri-i (Barangan di bawah Akta Sewa Beli) berkadar tetap semasa tempoh moratorium.

5. Bolehkan saya memohon untuk pelanjutan selepas tempoh 6 bulan tersebut berakhir?

Penangguhan ini hanya sah hingga 30 September 2020.

6. Adakah terdapat sebarang impak pada rekod kewangan (terutamanya CCRIS) untuk pelanggan?

Tidak. Rekod CCRIS anda tidak akan terjejas oleh Moratorium ini.

7. Adakah anda akan menghentikan Arahan Tetap saya dengan Bank atau daripada Bank lain?

Arahan Tetap anda untuk membayar akaun pinjaman AmBank/pembiayaan AmBank Islamic anda akan ditangguhkan semasa tempoh 6 bulan ini.

Anda boleh meneruskan dengan Arahan Tetap untuk membayar fasiliti pinjaman/pembiayaan anda dengan melengkapkan Borang Tidak Menyertai melalui ambank.com.my/optout

Bagi Arahan Tetap daripada bank lain, anda perlu menghubungi Bank di mana Arahan Tetap anda dimulakan untuk menghentikan pembayaran.

8. Adakah anda akan menghentikan Auto Debit saya untuk membayar pinjaman/pembiayaan saya dengan Bank?

Auto Debit anda untuk membayar akaun pinjaman AmBank/pembiayaan AmBank Islamic akan ditangguhkan semasa tempoh 6 bulan ini.

Anda boleh meneruskan dengan Auto Debit untuk membayar fasiliti pinjaman/pembiayaan anda dengan melengkapkan borang Tidak Menyertai melalui ambank.com.my/optout

  1. Fi dan Caj

1. Adakah terdapat sebarang fi khas/tambahan dan caj yang dikenakan sekiranya saya berada dalam Moratorium ini?
Tidak. Anda tidak akan dicaj sebarang fi khas/tambahan.

  1. Sewa Beli/Sewa Beli-i dan Sewa Beli Industri/Sewa Beli Industri-i (Barangan di bawah Akta Sewa Beli)

1. Susulan pengumuman oleh BNM pada 30 April 2020, bagaimanakah saya melengkapkan langkah tambahan untuk fasiliti Sewa Beli/Sewa Beli-i dan Sewa Beli Industri/Sewa Beli Industri-i (Barangan di bawah Akta Sewa Beli)?

Sekiranya anda telah lebih awal memilih untuk tidak menyertai Moratorium ini dan membuat pembayaran bulanan mengikut perjanjian anda, anda tidak perlu melakukan apa-apa di bawah proses baharu ini. Sila teruskan membuat pembayaran bulanan anda seperti biasa.

Sekiranya anda telah lebih awal memilih untuk menyertai Moratorium ini, anda perlu melengkapkan langkah tambahan sebelum 30 Jun 2020sama ada anda berhasrat:

  1. menyambung untuk menangguhkan obligasi pembayaran dan menerima terma fasiliti pinjaman/pembiayaan yang disemak semula (iaitu menyertai); atau
  2. tidak menyertai Moratorium ini.

Pelanggan Individu

Pelanggan individu boleh melengkapkan proses ini melalui AmOnline dengan mengikuti langkah yang berikut:

  1. Log masuk ke AmOnline (https://ambank.amonline.com.my/loanmora) melalui pelayar web anda anda (Nota: Ciri Moratorium ini tidak terdapat dalam aplikasi mudah alih AmOnline);
  2. Pilih akaun HP/HP-i anda;
  3. Baca dan fahami terma Menyertai Moratorium ini; dan
  4. Membuat pilihan sama ada anda ingin Menyertai atau Tidak Menyertai Moratorium ini dengan mengklik Ya atau Tidak dengan sewajarnya.

Sekiranya anda belum mendaftar untukAmOnline, sila layari AmOnline dan klik ‘Daftar’.

 

Pelanggan PKS

Untuk pelanggan PKS, Bank akan menghantar surat kepada anda. Sekiranya anda tidak menerima surat tersebut sebelum 22 Mei 2020, sila hubungi pihak Bank.

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi Pusat Panggilan Pelanggan kami setiap hari bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam melalui 03-2178 8888. Untuk maklumat lanjut mengenai Moratorium ini, sila layari ambank.com.my/covid19.

2. Saya mempunyai fasiliti Sewa Beli/Sewa Beli-i dan Sewa Beli Industri/Sewa Beli Industri-i (Barangan di bawah Akta Sewa Beli) berkadar tetap. Apakah akan berlaku sekiranya saya memilih untuk menangguhkan obligasi pembayaran saya?
  1. Tarikh kematangan pinjaman/pembiayaan anda akan dilanjutkan selama 6 bulan.
  2. Tiada faedah/keuntungan akan dicaj untuk fasiliti anda semasa tempoh moratorium ini.
  3. Pembayaran untuk ansuran bulanan anda akan disambung semula sebelum tarikh matang pembayaran ansuran Oktober 2020 anda.
  4. Amaun ansuran bulanan anda akan kekal sama.

Sila rujuk pada ilustrasi di bawah:

Ilustrasi

Amaun pembiayaan = RM50,000

Kadar Faedah/Keuntungan = 3.50%

Tempoh Pembiayaan = 9 tahun

Ansuran Bulanan = RM609

Jumlah Ansuran = 108 termasuk 6 ansuran yang ditangguhkan

3. Saya mempunyai fasiliti Sewa Beli/Sewa Beli-i dan Sewa Beli Industri/Sewa Beli Industri-i (Barangan di bawah Akta Sewa Beli) berkadar berubah. Apakah akan berlaku sekiranya saya memilih untuk menangguhkan obligasi pembayaran saya?
  1. Tarikh kematangan pinjaman/pembiayaan anda akan dilanjutkan selama 6 bulan.
  2. Tiada faedah/keuntungan akan dicaj untuk fasiliti anda semasa tempoh moratorium ini.
  3. Pembayaran untuk ansuran bulanan anda akan disambung semula sebelum tarikh matang pembayaran ansuran Oktober 2020 anda.
  4. Amaun ansuran bulanan anda – yang tertakluk pada sebarang perubahan pada Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas – akan kekal tidak berubah, kecuali untuk amaun ansuran terakhir yang akan terjejas oleh faedah/keuntungan yang dicaj semasa tempoh Moratorium ini.

Sila rujuk pada ilustrasi di bawah:

  • Fasiliti: RM50,000
  • Tempoh asal: 7 tahun
  • Kadar Efektif: 4.50% (dikira atas baki harian)
  • Tempoh berbaki setakat 1 April 2020: 7 tahun

Ansuran bulanan

Sebelum 1 Apr 2020 RM695
Tempoh Moratorium(1 Apr hingga 30 Sep 2020)

Tiada pembayaran

Faedah/keuntungan akan terus terakru mengikut Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas semasa

Selepas Tempoh Moratorium (1 Okt 2020 dan seterusnya ditambah dengan tempoh lanjutan selama 6 bulan)

RM695*

Faedah/keuntungan diakru** RM 1,131

*Tertakluk pada tiada perubahan dalam Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas

**Faedah/keuntungan diakru bermula 1 Apr hingga 30 Sept 2020 akan menjejaskan ansuran terakhir atau amaun penyelesaian awal.

Pelanjutan tempoh 6 bulan
4. Apakah akan berlaku sekiranya saya memilih untuk tidak menyertai Moratorium ini?
  1. 1. Anda perlu menyelesaikan ansuran untuk April, Mei dan Jun 2020 sebelum 30 Jun 2020 (dengan andaian bahawa anda tidak membuat sebarang pembayaran pada April, Mei dan Jun 2020).
  2. Tiada faedah atau caj pembayaran lewat akan dikenakan pada ansuran untuk April, Mei dan Jun 2020 sekiranya pembayaran dibuat sebelum 30 Jun 2020.
5. Sekiranya saya memilih untuk menyertai Moratorium ini, adakah amaun ansuran saya akan kekal sama selepas tempoh moratorium?

Sewa Beli/Sewa Beli-i dan Sewa Beli Industri/Sewa Beli Industri-i (Barangan di bawah Akta Sewa Beli) Berkadar Tetap
Amaun ansuran kekal sama.

Sewa Beli/Sewa Beli-i dan Sewa Beli Industri/Sewa Beli Industri-i (Barangan di bawah Akta Sewa Beli) Berkadar Berubah
Kecuali untuk amaun ansuran terakhir, amaun ansuran bulanan (yang akan tertakluk pada sebarang perubahan dalam Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas) akan kekal sama.

Amaun ansuran terakhir akan berbeza kerana:

  1. faedah/keuntungan akan terus terakru semasa tempoh moratorium ini; dan
  2. amaun ansuran bulanan tertakluk pada Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas semasa.
6. Dengan proses yang disemak semula ini, apakah akan berlaku pada rekod CCRIS saya sekiranya saya tidak menyertai Moratorium ini pada Mei atau Jun 2020?

Sekiranya anda tidak menyertai Moratorium ini pada Mei atau Jun 2020, rekod CCRIS anda tidak akan terjejas jika anda terus membayar pembayaran bulanan April, Mei dan Jun anda.

Sekiranya anda tidak membuat sebarang pembayaran sebelum 30 Jun 2020, CCRIS anda akan memaparkan Bulan Tertunggak (MIA) setakat kedudukan Julai.

Rekod CCRIS anda akan menjadi seperti biasa selepas anda membuat jumlah pembayaran April, Mei dan Jun 2020.

7. Apakah yang akan berlaku kepada rekod CCRIS saya sekiranya saya menyambung dan/atau meneruskan dengan Moratorium ini?

Sekiranya anda menyambung dan/atau meneruskan di bawah Moratorium ini, CCRIS anda tidak akan terjejas oleh Moratorium ini.

8. Adakah saya perlu menanggung fi tambahan dengan menerima terma yang disemak semula dan/atau melaksanakan Aqad baharu?

Tidak. Anda tidak akan dicaj sebarang fi tambahan.

 

Dikemas kini 18 Mei 2020