Soalan Lazim

  1. Bantuan Pembayaran Pasca Moratorium dan Kelayakan

1. Bilakah program Moratorium Automatik 6 bulan ini tamat?

Program ini tamat pada 30 September 2020.

Pembayaran ansuran bulanan anda akan disambung semula pada 1 Oktober 2020. Oleh itu, kami menasihatkan agar anda merancang dengan sewajarnya dan memastikan baki yang mencukupi tersedia dalam akaun anda untuk pembayaran debit auto atau arahan tetap.

2. Apakah yang patut saya lakukan sekiranya saya tidak dapat menyambung semula pembayaran ansuran bulanan biasa saya mulai Oktober 2020?

Anda boleh memohon untuk mendapatkan Bantuan Pembayaran melalui laman sesawang kami:
ambank.com.my/RA.

Kami menggalakkan anda untuk mengemukakan permohonan anda secepat mungkin bagi memastikan kami mempunyai masa yang mencukupi untuk memproses permohonan anda supaya ia dapat berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2020.

3. Bagaimanakah Program Bantuan Pembayaran ini berfungsi?

Ia merupakan pelan yang direka khas yang disesuaikan dengan kemampuan pembayaran anda bagi meringankan dan memenuhi komitmen kewangan bulanan kemudahan pembiayaan anda.

Sila kemukakan permohonan anda menerusi laman sesawang kami:
ambank.com.my/RA.

Unit penyemakan semula kami akan menghubungi anda mengenai permohonan anda.

Harap maklum bahawa anda mungkin akan menanggung faedah/kos pembiayaan keseluruhan yang lebih tinggi, bergantung pada opsyen Bantuan Pembayaran yang telah anda pilih.

4. Bolehkah saya memohon untuk mendapatkan Bantuan Pembayaran?

Bantuan boleh dimohon untuk semua kemudahan pinjaman/pembiayaan individu dan PKS (tidak termasuk Kad Kredit).

Sila kemukakan permohonan anda menerusi laman sesawang kami:
ambank.com.my/RA.

Unit penyemakan semula kami akan menghubungi anda berkenaan permohonan anda.

5. Adakah program bantuan ini secara automatik atau saya perlu memohon?

Program ini (tidak seperti Program Moratorium Automatik dari 1 April 2020 hingga 30 September 2020) akan memerlukan permohonan dibuat menerusi laman sesawang kami:
ambank.com.my/RA.

Pelanggan PKS juga boleh menghubungi Pengurus Perhubungan khusus anda untuk bantuan.

6. Saya telah memilih untuk tidak menyertai Moratorium Automatik sebelum ini dan telah membayar ansuran saya semasa tempoh moratorium ini, adakah saya masih boleh memohon Bantuan Pembayaran hari ini?

Ya. Sila kemukakan permohonan anda menerusi laman sesawang kami:
ambank.com.my/RA..

Pelanggan PKS juga boleh menghubungi Pengurus Perhubungan khusus anda untuk bantuan.

Unit penyemakan semula kami akan menghubungi anda mengenai permohonan anda.

7. Bagaimana jika saya kini menganggur, sedang bercuti tanpa gaji atau mengalami pengurangan/pemotongan gaji? Bagaimanakah bank boleh membantu saya?

Bank akan menilai situasi anda dan berbincang mengenai penyelesaian yang mungkin boleh diambil dengan anda.

Jika anda mengalami kehilangan pekerjaan dalam tahun 2020 dan masih mencari pekerjaan baharu, dan anda memerlukan lanjutan moratorium selama 3 bulan untuk pembayaran pinjaman/pembiayaan anda, sila kemukakan permohonan anda kepada kami.

Jika anda mengalami pengurangan pendapatan disebabkan oleh COVID-19, dan anda memerlukan pengurangan pembayaran bulanan ke atas pinjaman/pembiayaan anda, sila kemukakan permohonan anda kepada kami.

Sila kemukakan sebarang dokumen sebagai bukti kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan untuk menyokong permohonan anda, contohnya

  • Surat Pemberhentian Pekerjaan / Cuti Tanpa Gaji daripada majikan anda, atau
  • Slip penggajian, atau
  • Penyata akaun bank

Sila kemukakan permohonan anda menerusi laman sesawang kami:
ambank.com.my/RA.

Unit penyemakan semula kami akan menghubungi anda mengenai permohonan anda.

8. Jika saya Muflis atau perniagaan saya telah dibubarkan, adakah saya masih boleh memohon Bantuan Pembayaran?

Dukacita dimaklumkan bahawa kami tidak dapat memproses permohonan anda untuk sebarang Bantuan Pembayaran. Sila hubungi pegawai anda di cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia anda untuk berbincang mengenai pembayaran anda kepada semua penghutang.

9. Jika pemegang akaun bersama saya seorang Muflis, adakah saya masih boleh memohon Bantuan Pembayaran?

Kebenaran daripada Jabatan Insolvensi Malaysia akan diperlukan untuk membolehkan pemegang akaun bersama anda meneruskan permohonan Bantuan Pembayaran.

Sila kemukakan permohonan anda menerusi laman sesawang kami:
ambank.com.my/RA.

Surat kebenaran daripada Jabatan Insolvensi Malaysia adalah diperlukan untuk permohonan tersebut.

10. Adakah saya perlu mendapatkan kebenaran daripada pemegang akaun bersama/penjamin saya untuk memohon Bantuan Pembayaran?

Ya. Kebenaran adalah diperlukan daripada semua pemegang akaun untuk akaun bersama dan semua penjamin. AmBank akan menghubungi pemegang akaun bersama dan penjamin anda secara berasingan.

  1. Ciri dan Proses

1. Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan Bantuan Pembayaran?

Bagi pelanggan Individu, tiada dokumen tambahan yang perlu dikemukakan untuk permohonan Bantuan Pembayaran, kecuali sekiranya pembayaran kemudahan sedia ada anda telah melampaui tempoh selama 3 bulan atau lebih.

Bagi pelanggan PKS, Pengurus Perhubungan anda mungkin akan meminta dokumen yang diperlukan yang berkaitan dengan syarikat anda.

Sila kemukakan permohonan anda menerusi laman sesawang kami:
ambank.com.my/RA.

2. Adakah tempoh dan seterusnya, tarikh matang kemudahan saya akan berubah sekiranya saya memilih untuk menerima Bantuan Pembayaran?

Anda boleh membuat pilihan daripada beberapa opsyen pembiayaan; salah satu daripadanya adalah di mana tarikh matang, atau tempoh kemudahan pembiayaan, akan dilanjutkan.

Harap maklum bahawa anda mungkin akan menanggung faedah/kos pembiayaan keseluruhan yang lebih tinggi untuk opsyen ini. Keterangan lanjut akan disediakan sebaik sahaja penyemakan semula dilakukan ke atas permohonan anda.

3. Adakah terdapat sebarang kesan pada rekod kewangan (terutamanya CCRIS) bagi pelanggan yang memilih untuk mendapatkan Bantuan Pembayaran?

Rekod CCRIS anda tidak akan terjejas disebabkan oleh Program Bantuan Pembayaran ini jika permohonan anda diluluskan sebelum 30 Jun 2021.

4. Adakah saya perlu mengubah arahan tetap sedia ada saya dengan AmBank atau di tempat lain selaras dengan opsyen Bantuan Pembayaran yang telah saya pilih?

Ya, ini perlu anda lakukan sebaik sahaja anda diberitahu mengenai butiran pelan pembayaran anda yang telah disemak semula.

5. Bagaimanakah saya akan diberitahu mengenai perubahan pada Terma dan Syarat untuk kemudahan pembiayaan saya yang telah disemak semula?

Surat tawaran yang memperincikan mengenai perubahan yang berkaitan dengan kemudahan pembiayaan anda akan dihantar untuk perakuan anda. Perakuan ini adalah diperlukan bagi membolehkan Bantuan Pembayaran tersebut mula berkuat kuasa.

Untuk kemudahan Pembiayaan Kenderaan, perjanjian tambahan yang memperincikan perubahan yang bersangkutan akan dihantar untuk perakuan anda. Perakuan ini adalah diperlukan bagi membolehkan Bantuan Pembayaran tersebut mula berkuat kuasa.

  1. Yuran dan Caj

1. Adakah terdapat sebarang yuran dan caj pemprosesan khas/tambahan yang akan dikenakan sekiranya saya memohon untuk mendapatkan Bantuan Pembayaran ini?

Tidak. Anda tidak akan dikenakan sebarang yuran pemprosesan khas/tambahan.

2. Adakah duti setem akan dikenakan ke atas Bantuan Pembayaran tersebut?

Duti setem tidak akan dikenakan ke atas Bantuan Pembayaran yang dikuatkuasakan pada atau sebelum 31 Disember 2020, selaras dengan Warta Kerajaan Persekutuan mengenai Peritah Duti Setem (Pengecualian) (No. 2) 2020, bertarikh 21 Mei 2020.

  1. Saluran Rayuan Kewangan Alternatif

1. Adakah saya mempunyai sebarang alternatif sekiranya permohonan Bantuan Pembayaran saya ditolak?

Anda boleh mendapatkan bantuan daripada agensi yang berikut:

  1. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (untuk individu) melalui www.akpk.org.my / 03-26167766
  2. Skim Resolusi Hutang Kecil (bagi PKS) melalui www.smeinfo.com.my / 1-300-88-5465

 

Dikemas kini pada 29 Julai 2020