Dear Valued Customers,


We do understand that these are still challenging times. AmBank is committed to continue providing you with the right assistance and support in meeting your loan/financing payment obligations.


As announced by the Prime Minister on 28 June 2021, we are offering the following packages to our affected customers:

Category of Customers Repayment Assistance
  1. All individual customers (B40, M40 or T20)
  1. Payment deferment for a period of 6 months;
    OR
  2. 50% reduction in the monthly instalment payment for a period of 6 months
  1. Microenterprises*
  1. Any SME* whose financial condition has been adversely affected by the pandemic.

* any SME or microenterprise as defined in the Guideline on SME Definition issued by the SME Corporation Malaysia.


The above assistance applies to loan/financing facilities that were approved before 1 July 2021 and not in arrears exceeding 90 days, as at the date of application by the customer. At the same time, please be advised that during the 6-month period of the repayment assistance:

  1. Interest/Profit continues to accrue; and
  2. The Bank can recover the interest/profit from changes in instalment payments.

 

For the cardholders of our Credit Card/-i, we are offering those who are eligible the option to convert the outstanding balance in their existing Credit Card/-i into a 36-month Term Loan/Financing-i with the first 6 months of the loan/financing will be on payment deferment; at an effective interest rate/management fee of 13% per annum. Kindly click here for further details.


For customers who are not eligible for any of the abovementioned schemes, we are also providing other Repayment Assistance Programmes to suit your financial needs and circumstances in our efforts to help alleviate your burden, subject to our internal evaluation.


As such, all individuals and businesses in need of Repayment Assistance may:

  1. Submit your request via the link - Individual | SME; OR
  2. Call the following numbers:

    Individual Customers:

    • 03-2178 8888 (Operational daily from 8.00 a.m. to 8.00 p.m.); or

    SME Customers:

    • 03-2178 3188 (Operating hours: Monday to Thursday, from 8.45 a.m. to 5.45 p.m. and Friday, from 8.45 a.m. to 4.45 p.m.); or
    • You may also reach out to your Relationship Manager

 

Kindly click here to view the Frequently Asked Questions (FAQs).

 

Thank you for banking with us.

 


Program Bantuan Bayaran Balik

 

Pelanggan yang Dihargai,


Kami amat memahami bahawa keadaan buat masa ini masih mencabar. AmBank komited untuk terus memberikan anda bantuan dan sokongan yang bersesuaian bagi membantu anda memenuhi obligasi pembayaran pinjaman/pembiayaan anda.


Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 28 Jun 2021, kami menawarkan pakej yang berikut kepada pelanggan kami yang terjejas:

Kategori Pelanggan Bantuan Bayaran Balik
  1. Semua pelanggan individu (B40, M40 atau T20)
  1. Penangguhan bayaran selama 6 bulan;
    ATAU
  2. Pengurangan 50% dalam bayaran ansuran bulanan untuk tempoh selama 6 bulan
  1. Perniagaan mikro*
  1. Mana-mana PKS* yang mengalami masalah kewangan yang teruk akibat daripada pandemik

* mana-mana PKS atau perniagaan mikro seperti yang ditakrifkan dalam Garis Panduan Definisi PKS yang dikeluarkan oleh Perbadanan PKS Malaysia.


Bantuan di atas boleh diguna pakai untuk kemudahan pinjaman/pembiayaan yang telah dluluskan sebelum 1 Julai 2021 dan tidak mempunyai baki tertunggak selama lebih dari 90 hari, pada tarikh permohonan dibuat oleh pelanggan. Pada masa yang sama, harap maklum bahawa sepanjang tempoh bantuan bayaran balik selama 6-bulan:

  1. Faedah/Keuntungan akan terus terakru; dan
  2. Bank boleh mendapatkan semula faedah/keuntungan daripada perubahan dalam pembayaran ansuran.

 

Bagi pemegang Kad Kredit/-i kami, kami menawarkan kepada mereka yang layak dengan pilihan untuk menukar baki belum jelas dalam Kad Kredit/-i sedia ada mereka kepada Pinjaman/Pembiayaan-i Bertempoh dengan tempoh pembayaran selama 36 bulan dengan 6 bulan yang pertama merupakan tempoh penangguhan bayaran; pada kadar faedah/yuran pengurusan efektif sebanyak 13% setahun. Sila klik di sini untuk butiran lanjut.


Bagi pelanggan yang tidak layak untuk mana-mana pakej yang dinyatakan di atas, kami juga menyediakan Program Bantuan Bayaran Balik yang bersesuaian dengan keperluan kewangan dan situasi anda dalam usaha kami untuk membantu mengurangkan bebanan anda, tertakluk pada penilaian dalaman kami.


Oleh itu, semua individu dan perniagaan yang memerlukan Bantuan Bayaran Balik boleh:

  1. Hantar permohonan anda permohonan anda melalui pautan – Pelanggan Individu | Pelanggan PKS; ATAU
  2. Hubungi nombor telefon di bawah:

    Pelanggan Individu:

    • 03-2178 8888 (Beroperasi setiap hari dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam); atau

    Pelanggan PKS:

    • 03-2178 3188 (Waktu operasi: Isnin hingga Khamis, dari 8.45 pagi hingga 5.45 petang dan Jumaat, dari 8.45 pagi hingga 4.45 petang); atau
    • Anda juga boleh menghubungi Pengurus Perhubungan anda

 
Sila klik di sini untuk merujuk Soalan Lazim.

 

Terima kasih kerana berurusan dengan kami.