Home
24 Hour Contact Centre
1300 80 8888 (Domestic)
(603) 2178 8888 (Overseas)

customercare@ambg.com.my






AmOnline Online Banking AmOnline Online Banking
 
  English Version      
 

Pembiayaan Peribadi-i
   
Penuhi hajat anda melalui PELAN KEWANGAN eksklusif Pembiayaan Peribadi-i AmIslamic Bank.  Kami dapat memenuhi keperluan anda untuk mendapatkan segera wang tunai dengan ansuran pembayaran yang mudah.
 
Tatacara
Berlandaskan Prinsip Syariah Bai-Al-Inah, Pembiayaan Peribadi-i membantu anda memperoleh wang secara yakin dan selamat.  Dengan kemudahan yang ditawarkan, kami berharap dapat membantu anda untuk menaik taraf kehidupan dengan lebih selesa, bercuti ke destinasi idaman, meringankan beban hutang, kos pembelajaran anak dan juga merancang simpanan hari tua dengan lebih bijak dan mudah.

Pembiayaan minimum yang diberikan adalah sebanyak RM1,000 dan maksimumnya pula adalah sebanyak RM 150,000.  Jumlah pembiayaan bersih akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan anda.

Keistimewaan
Pembiayaan Peribadi-i AmIslamic Bank akan memberikan anda:
  • Pembiayaan tanpa penjamin
  • Tiada bayaran pendahuluan 3 bulan ansuran bulanan
  • Rebet ke atas pembayaran awal
  • Kadar keuntungan rendah
  • Kelulusan segera
  • Tempoh pembiayaan sehingga 15 tahun
  • Kad-i Al-Taslif MasterCard / VISA pra lulus (pemohon berpendapatan bulanan RM1,500 ke atas)
Kelayakan
Kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun, Polis Diraja Malaysia serta Syarikat Berkaitan Kerajaan yang berumur 19 tahun hingga 58 tahun dan berjawatan tetap melebihi 3 bulan / kontrak sementara melebihi 2 tahun.  Potongan gaji (termasuk pembiayaan ini) tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan.

Apa Yang Diperlukan untuk memohon Pembiayaan
  • 3 salinan kad pengenalan, disahkan oleh Ketua Jabatan
  • 3 salinan surat beranak/surat pengesahan tarikh lahir dan kad pengenalan, disahkan oleh Ketua Jabatan - untuk anggota Polis Diraja Malaysia sahaja
  • 1 penyata gaji asal terbaru dan 2 salinan disahkan oleh Ketua Jabatan
  • 1 salinan buku akaun simpanan bank yang aktif (muka surat hadapan butir-butir pemegang akaun)
   

Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Pembiayaan Peribadi-i
03-2167 3030 / 2167 6225     ATAU
sms 012-247 3535, taip <nama><jarak><lokasi>
 
 
 
Produk
Soalan Yang Kerap Dikemukakan
Borang Permohonan
Kalkulator
 
 
 
 
 
 
 
 
     
 
         

Copyright © 2002-2009 AmBank (M) Berhad. All Rights Reserved.
Terms & Conditions | FAQs for AmOnline | Privacy Policy | Client Charter | Links